Online Diary .: January 2013
hye ladies n gantleman welcome to my page , . dont forget to follow me.. =)

Thursday, January 24, 2013

Bedak arab (Kokuryu Super Summer Cake).

Kali ini aku nak ceritakan tentang tajuk di atas… pertama kali aku baca tentang bedak arab ni di laman web ini http://demyrashop.blogspot.com/2012/07/bedak-arab-kokuryu-super-summer-cake.html ... aku mula rasa tertarik dan menarik dengan bedak arab ni… sebab aku tertarik dengan kelebihan bedak arab ni ialah:

Mengikut aliran darah pemakai.
Kemas dan sekata.
Tidak menghitamkan dan menggelapkan kulit.
Dapat mengecutkan jerawat. (ini paling aku suka)
Apabila berpeluh, anda akan kelihatan lebih cantik.
Tidak melekat pada tudung dan tisu, sebaliknya bedak arab ini akan terus meresap.
Tidak berminyak.
Tahan selama lebih 8 jam. Suci dan halal, boleh dibawa solat.
Mempunyai UV protection.
Itulah antara kelebihan bedak arab yang aku suka…
Pada mulanye aku ingat nak beli secara online jek… aku keluar jalan-jalan bersama roommate aku, tiba2 aku ternampak bedak arab tu dekat satu kedai ni… aku pun mula usha tanya itu ini… harganya lebih kurang sama jek dengan harga secara online, tak ada beza pun… sepatutnye kalau kita beli sendiri harganya tak sama dengan harga online... dah minat punya pasal, aku beli jek la...


aku pun cuba-cuba lah pakai bedak ni, nak tegok keberkesanan bedak ni... dan ini lah hasilnya, memang nampak perubahan sikit



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, January 1, 2013


MY FAMILY


Keluarga saya mempunya 7 orang. Iaitu ayah, ibu, saya, adik perempuan, yang tengah adik lelaki dan adik kembar saya. Kami sekeluarga tinggal bersama di Johor Bahru.


Ayah saya bernama Moeinuddin bin Hj. Zakaria. Beliau merupakan pekerja swasta, berkerja sebagai Juru Teknik. Ayah saya sangat rajin bekerja walaupun kehidupan kita agak susah pada suatu ketika dahulu, beliau tidak pernah berputus asa. Beliau mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan, dengan itu ayah selalu mementingkan pelajaran kami sejak kecil lagi. Beliau sering mengingatkan kami bahawa “Biar miskin harta, jangan miskin ilmu.”


Ibu saya bernama Rahimah binti Nordin. Beliau hanya suri rumah sepenuh masa. Beliau nuga mahir menjahit baju tradisional melayu, jika ada masa beliau akan menjahit baju. Ibu saya seorang wanita yang sedia berkorban untuk suami dan anak-anak. Beliau sungguh sayang kepada kami. Ibu saya suka memasak dan membaca buku, walaupun beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi beliau rajin belajar daripada anak-anak. Beliau sentiasa mengingatkan kami bahawa “Belajar hingga saat-saat terakhir”


Yang sulung ialah saya sendiri. Nama saya  Zamriatunnisa Binti Moeinudin. Saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil jurusan Diploma in Information Management. 

Yang kedua ialah adik perempuan saya. Nama beliau ialah Khainiza Tunnisa Binti Moeinuddin. Beliau juga masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil jurusan Diploma in Business Study. Beliau baru sahaja menjejakkan kaki ke alam Universiti.

Yang ketiga ialah adik lelaki saya. Nama beliau ialah Muhammad Nur Hakiim Bin Moeinuddin.  Beliau baru lepasan UPSR, beliau mendapat 3A 2B dalam UPSR. Dan sekarang beliau baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah. 

Dan yang terakhir ialah adik kembar saya. Nama mereka ialah Nurfahimatulnisa Binti Moeinuddin dan Nurfalihatulnisa Binti Moeinuddin.Masih berada di sekolah kebangsaan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by zamriatunnisa