Online Diary .
hye ladies n gantleman welcome to my page , . dont forget to follow me.. =)

Tuesday, January 1, 2013


MY FAMILY


Keluarga saya mempunya 7 orang. Iaitu ayah, ibu, saya, adik perempuan, yang tengah adik lelaki dan adik kembar saya. Kami sekeluarga tinggal bersama di Johor Bahru.


Ayah saya bernama Moeinuddin bin Hj. Zakaria. Beliau merupakan pekerja swasta, berkerja sebagai Juru Teknik. Ayah saya sangat rajin bekerja walaupun kehidupan kita agak susah pada suatu ketika dahulu, beliau tidak pernah berputus asa. Beliau mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan, dengan itu ayah selalu mementingkan pelajaran kami sejak kecil lagi. Beliau sering mengingatkan kami bahawa “Biar miskin harta, jangan miskin ilmu.”


Ibu saya bernama Rahimah binti Nordin. Beliau hanya suri rumah sepenuh masa. Beliau nuga mahir menjahit baju tradisional melayu, jika ada masa beliau akan menjahit baju. Ibu saya seorang wanita yang sedia berkorban untuk suami dan anak-anak. Beliau sungguh sayang kepada kami. Ibu saya suka memasak dan membaca buku, walaupun beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi tetapi beliau rajin belajar daripada anak-anak. Beliau sentiasa mengingatkan kami bahawa “Belajar hingga saat-saat terakhir”


Yang sulung ialah saya sendiri. Nama saya  Zamriatunnisa Binti Moeinudin. Saya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil jurusan Diploma in Information Management. 

Yang kedua ialah adik perempuan saya. Nama beliau ialah Khainiza Tunnisa Binti Moeinuddin. Beliau juga masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil jurusan Diploma in Business Study. Beliau baru sahaja menjejakkan kaki ke alam Universiti.

Yang ketiga ialah adik lelaki saya. Nama beliau ialah Muhammad Nur Hakiim Bin Moeinuddin.  Beliau baru lepasan UPSR, beliau mendapat 3A 2B dalam UPSR. Dan sekarang beliau baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah. 

Dan yang terakhir ialah adik kembar saya. Nama mereka ialah Nurfahimatulnisa Binti Moeinuddin dan Nurfalihatulnisa Binti Moeinuddin.Masih berada di sekolah kebangsaan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by zamriatunnisa