Online Diary .: February 2013
hye ladies n gantleman welcome to my page , . dont forget to follow me.. =)

Tuesday, February 19, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR

Assalammualaikum...


Hari ini aku nak post tentang tajuk di atas... bila aku dapat tahu jadual peperiksaan akhir boleh tengok, aku pun terus bukak laman web nye... nak tahu laman webnye, sila klik sini...

sambil aku bukak tu, aku berharap sangat yang aku bukan orang yang balik akhir dikalangan roommate aku... aku check la bersama-sama dengan roommateku...

alangkah sedihnya aku, sebab aku adalah orang yang terakhir ...  daripada aku part 1 sampai aku part 3 asik balik lambat jek... apa lah nasib...

untuk sem ni cuma diberi cuti ulangkaji hanya 4 hari jek, dari 23hb March - 26hb March 2013... jadual periksa aku boleh dikatakan padat lah juga...


yang warna merah tu lah course yang aku amik... untuk sem ni, aku ada 4 paper jek... tak ada lah beban sangat kepala aku nak menghafal... sem ni aku amik 6 subjek, walaupun lagi 3 subjek tu tak ada final tapi ada final test... kira macam final exam juga lah, cuma ditukar menjadi final test...

akan cuba sedaya upaya untuk final exam kali ini...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, February 18, 2013

PETUA MENCUCI HATI



Assalamualaikum WHB semua. Maaf la lame duk hilang, takde mood la zufar nak karang. Stright to the point, sekarang zufar dah tamat pengajian dalam jurusan SeniBina di UTM. Alhamdulillah. Masa diluangkan bersama family terchenta, tolong mengemas rumah etc. Tadi zufar try bukak myspace, huh dah berabuk ape pun takde dah dalam tuh yang tinggal hanyalah gambar dan kenangan lama.hehe. Masa godek2 tuh terbaca lah satu tips nak terangkan hati/ cuci hati.bacalah semoga semua dapat manfaat Insya'Allah.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bagaimana untuk menghafal dengan mudah


Alangkah bagusnya jika memori bertindak melalui proses osmosis – hanya perlu meletakkan buku di bawah bantal semalaman dan kesemua perkataan akan meresap masuk ke dalam otak dan sekaligus keseluruhan buku sudah dihafal! Malangnya, realiti tetap realiti kerana proses hafalan tidak berfungsi sedemikian rupa. Terdapat beberapa cara yang efektif untuk menghafal dengan teknik yang mudah.
Terdapat beberapa cara mudah yang sangat membantu dan lazimnya digunakan untuk menghafal perkara yang berlainan dalam satu masa. Antara cara yang digunakan untuk menghafal adalah seperti berikut :

  • Tulis perkataan yang perlu dihafal diatas sehelai kertas atau kad imbasan.
  • Serlahkan kata kunci yang mesti diingati.
  • Duduk di dalam bilik yang senyap (tanpa gangguan kanak-kanak, isteri atau suami, telefon bimbit, computer, pemain MP3 – tempat seperti ini mungkin hanya ada di Pergunungan Himalaya atau pulau terpencil namun percayalah tempat seperti ini sebenarnya ada) dan cuba untuk memulakan proses menghafal.
  • Sebut setiap perkataan dengan kuat sambil membaca.
  • Tutup mata dan ulangi setiap perkataan tersebut.
  • Teruskan membaca setiap perkataan kemudian pejamkan mata dan ulangi perkataan tersebut sehingga tidak perlu lagi untuk merujuk kertas atau kad imbasan tersebut.
Selain itu satu lagi cara yang sangat mudah untuk menghafal beberapa jenis barangan adalah dengan mencipta akronim. Cuba suaikan senarai barangan dengan akronim adalah cara yang berkesan untuk mengingat. Sebagai contoh, satu senarai barangan runcit mengandungi marjerin, epal, jagung dan asparagus. Ambil huruf pertama bagi setiap perkataan dan ianya akan membentuk perkataan baru iaitu MEJA. Senarai barangan tersebut dapat dihafal dengan mudah  dengan hanya mengingat perkataan “MEJA” semasa mahu membelinya di kedai runcit. (Mereka yang tidak peka dengan senarai barangan tersebut mungkin pulang ke rumah dengan membawa minyak masak, emping, jeli dan agar-agar – tapi ianya tetap makanan walaupun tiada di dalam senarai asal!)
Satu lagi teknik hafalan yang boleh digunakan ialah melalui gambaran yakni menukarkan segala maklumat ke dalam bentuk gambar. Sebagai contoh, jika anda ingin menghafal 12 daerah yang terdapat di negeri Kedah, cuba anda gambarkan suasana di sebuah taman permainan. Terdapat satu pasangan anak muda (Kuala Muda) yang membawa anak kecil mereka bermain di taman tersebut. Anak kecil tersebut ingin membaling (Baling) bola kepada ayahnya namun bola itu terkena pasu (Kubang Pasu). Kemudiannya bola tersebut bergolek ke padang (Padang Terap) permainan bersebelahan dan mengenai kasut jenama North Star (Alor Star) seorang budak lelaki yang sedang bermain bola bersama rakannya yang lain. Budak lelaki yang bernama Rayyan (Yan) itu kemudian mengambil bola tersebut dan memberikannya kepada ayah kanak-kanak itu. Ayah kanak-kanak itu kemudian membawa anaknya untuk berehat di tepi padang permainan sambil menikmati keindahan bendang (Pendang) bersebelahan taman permainan itu. Beberapa ekor burung helang (Langkawi) kelihatan berterbangan menuju kearah bandar (Bandar Baharu). Nun jauh di seberang padang tersebut kelihatan sebuah pohon belimbing (Kulim) tumbuh subur. Deretan pohon sena (Pokok Sena) di tepi jalan utama menuju ke sebuah tasik (Sik) pula sungguh menenangkan. Ternyata melalui imaginasi gambaran ini memudahkan kita untuk mengingati kesemua daerah yang ada di negeri Kedah dengan mudah.
Mencipta lagu menggunakan perkataan yang ingin dihafal pula merupakan salah satu teknik yang boleh digunapakai untuk menghafal apa jua perkataan. Adakah anda masih ingat akan lagu “A, B, C, D, E, F, G” semasa pertama kali mempelajari huruf? Kanak-kanak telah mempelajari lagu ini sejak berabad-abad lamanya untuk menghafal huruf di sekolah. Apa yang menariknya, nyanyian lagu ini juga boleh digunaka untuk menghafal nombor telefon. Tugas untuk menghafal akan menjadi lebih mudah sekiranya lagu yang digunakan biasa didengari mahupun kelakar. Semakin kelakar sesebuah lagu itu, lebih mudah untuk kita mengingati setiap perkataannya.
Di samping itu, satu teknik hafalan yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah untuk mengingati satu perkataan yang panjang ialah dengan membina ayat menggunakan perkataan tersebut. Mari kita mengambil contoh perkataan “hipotesis” dan membuat satu ayat berdasarkan perkataan tersebut. Misalnya, “Hari Isnin Pakcik Omar Tukar Enjin Satria Ibu Saya”. Ayat seperti ini mencipta satu gambaran yang memudahkan kita untuk menghafal ejaan perkataan tersebut dan ianya pasti dapat diingat dalam satu tempoh masa yang lama.
Terdapat pelbagai teknik digunakan dis seluruh dunia dalam membantu kita untuk menghafal sesuatu perkara. Setiap orang mempunyai teknik hafalan yang berbeza memandangkan ada di antara kita yang lebih cenderung kepada teknik visual dan ada pula yang lebih selesa dengan teknik auditori. Mereka yang lebih kepada pembelajaran kinestetik pula cenderung untuk menggunakan kombinasi kedua-dua teknik visual dan auditori ini. Otak kita berfungsi dengan cara yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain dan latihan berterusan diperlukan bagi mengenalpasti teknik hafalan yang sesuai dengan diri kita.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kejutan dari family


Kejutan birthday ku yang ke 19 tahun…



Bende ni berlaku dah lama la ae… baru ni aku nak update dekat blog… ia berlaku pada tarikh 19/10/2012, lama tak lama sangat la kan… sepatutnya birthday aku pada tarikh 18/10/1993, kiranya ni sambut lewat satu hari jek la… masa birthday aku tu, aku ada final exam so xdpt la nak celebrate dengan family tersayang… hari itu merupakan hari last aku menduduki final exam…

Pada mulanya aku ingat nak balik lepas aku habis exam jek, tapi ayah aku tak dapat amik plak… terpaksa la duduk kat hostel ni satu hari, ayah amik aku petang sebab dia nak selesaikan kerje dia dulu…

Sebelum ayah aku sampai, aku turunkan keluarkan dulu barang, nanti senang… ayah sampai jek terus letak barang dekat dalam kereta… tunggu punya tunggu, lambat jugak la ayah aku sampai, dalam pukul 4 petang baru ayah sampai… dah siap letak barang, aku terus blaaa….
Sepanjang perjalanan tu aku tido jek la, dah tak tahu nak buat apa kan… sampai jek dekat perhentian machap, ayah berhenti sebab dia nak rehat jab… kesian ayah, penat la tu… kalau aku pandai bawak kereta, dah lama aku ganti kan ayah… kami sampai di machap pada pukul 8 malam… boleh tahan lama gak ayah aku bawak kereta, mesti bawak slow ni…

Pukul 9 malam baru kami gerak semula untuk balik ke rumah… sebelum sampai ke rumah, ayah cakap dekat aku, yang semua orang xde dekat rumah ikut jiran aku keluar pergi mana ntah… aku pun percaya jek la, aku siap tepon adik aku nak tanya dia de kat mana tapi tak angkat pun…

Sampai jek di rumah, suasana punya la sunyi sepi tambah lagi dengan gelap gelita… dari situ lah aku yakin yang family aku memang keluar ikut jiran… ayah bagi aku kunci rumah, suro aku bukak pintu sendiri… bila aku bukak pintu jek, semua family aku terus ucap “SELAMAT HARI JADI’ dekat aku berserta kek skali… masa tu perasaan aku tak payah cakap la, terharu gila… rasa nak nangis pun ada… tak sangka family aku akan buat kejutan sampai macam tu sekali dekat aku…

TERIMA KASIH SEMUA!!!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by zamriatunnisa